Muzium
Istana kayu diraja bercorak tradisional Melayu yang kini mempamerkan sejarah Kesultanan Perak.
Muzium DiRaja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah dan Istana Tepas) telah didirikan oleh tukang kayu Melayu yang bernama Haji Suffian dengan dibantu oleh dua orang anaknya, Zainal Abidin dan Ismail pada tahun 1926. Mereka ini berasal dari Seberang Prai.
Istana ini dibina atas titah Almarhum Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah) iaitu Sultan Perak ke-30 sebagai tempat bersemayam sementara. Ini disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi dalam pembinaan. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga 1933. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama pada hari-hari perayaan Diraja seperti Hari Keputeraan, pelantikan Orang-orang Besar Perak dan lain-lain istiadat Diraja Perak Darul Ridzuan.
Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan Istana Kenangan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan (kayu belian) bercirikan perabung lima dan pisang sesikat. Paku-paku besi (paku logam) tidak digunakan dalam pembinaan Istana Kenangan ini. Istana ini dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik dan menggunakan tepas yang dianyam dengan corak-corak anyaman Melayu tradisional.
Waktu operasi: Selasa–Ahad 10:00 pagi–4:30 petang; Jumaat rehat 12:15–2:45 petang
Sumber pengesahan: https://muzium.perak.gov.my/index.php/hubungi/panduan-ke-muzium | Google Maps
Perkhidmatan & Produk Utama
Ringkasan fakta
Maklumat penting tentang Muzium Diraja Kuala Kangsar (Istana Kenangan)
Muzium Diraja Kuala Kangsar (Istana Kenangan) beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Bukit Chandan, Perak.
- Apa yang ditawarkan
- Muzium, Pelancongan & Budaya, Tapak Warisan, Tarikan Pelancong, Maklumat Pengunjung
- Lokasi / kawasan servis
- Bukit Chandan, Perak
- Cara menghubungi
- 05-776 5500 / 05-776 0546
- Maklumat dikemas kini
- 14 Sep 2026
Soalan lazim
Apakah yang ditawarkan oleh Muzium Diraja Kuala Kangsar (Istana Kenangan)?
Muzium Diraja Kuala Kangsar (Istana Kenangan) menyenaraikan Muzium, Pelancongan & Budaya, Tapak Warisan, Tarikan Pelancong, Maklumat Pengunjung.
Di manakah Muzium Diraja Kuala Kangsar (Istana Kenangan) beroperasi?
Muzium Diraja Kuala Kangsar (Istana Kenangan) beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Bukit Chandan, Perak.





























