Pusat Bantuan

Soalan Lazim

Jawapan terkini tentang pendaftaran, akaun, listing, pakej, pembayaran, kredit, boost, analitik, lokasi dan privasi Tepak.my.

Apakah Tepak.my?

Tepak.my ialah direktori digital Malaysia yang membantu pengguna menemui perniagaan tempatan, perkhidmatan profesional, tempat dan komuniti melalui carian, kategori, lokasi dan peta.

Bagaimanakah saya mendaftar sebagai Owner atau Contributor?

Pendaftaran biasa di /register adalah khusus untuk Owner. Jika anda mahu menyumbang listing komuniti dan mengumpul mata, gunakan pendaftaran Contributor yang berasingan di /register/contributor. Jenis akaun ditetapkan oleh laluan pendaftaran yang dipilih.

Adakah pendaftaran Owner percuma?

Pendaftaran Owner sedang percuma di bawah promosi 200 akaun terawal. Baki promosi yang dipaparkan semasa pendaftaran ialah 198. Kelayakan hanya dimuktamadkan apabila pendaftaran berjaya direkodkan; baki boleh berubah apabila pengguna lain mendaftar.

Mengapa akaun Owner saya dibawa ke halaman pembayaran?

Jika pendaftaran anda dibuat selepas kuota promosi percuma habis, entitlement akaun ditandakan sebagai payment required. Sistem mengehadkan akses portal sehingga yuran pendaftaran RM19 disahkan. Order dan invois pendaftaran mempunyai tempoh yang dipaparkan pada halaman pembayaran; hubungi Admin jika order tamat atau pembayaran memerlukan semakan.

Adakah saya perlu mengesahkan alamat e-mel?

Jika pengesahan e-mel diaktifkan, akaun mesti disahkan melalui pautan yang dihantar sebelum login biasa. Anda boleh meminta pautan baharu melalui halaman hantar semula pengesahan. Login Google atau Facebook hanya tersedia apabila penyedia tersebut dikonfigurasi, dan mungkin memerlukan langkah melengkapkan akaun.

Apakah perbezaan antara Owner dan Contributor?

Owner ialah pemilik atau wakil sah yang mengurus listing perniagaan sendiri, claim, pakej dan microsite. Contributor membantu menambah atau melengkapkan listing direktori tanpa membuat tuntutan pemilikan serta menggunakan sistem mata Contributor.

Adakah listing terus dipaparkan selepas dihantar?

Tidak. Listing yang dihantar perlu melalui semakan Admin. Listing boleh berada dalam status draft, pending review, approved, rejected, inactive, suspended atau archived. Admin boleh meminta pembetulan sebelum listing diterbitkan.

Siapakah yang boleh menambah ulasan atau menyumbang gambar?

Ulasan memerlukan akaun yang telah login dan tertakluk kepada semakan serta polisi paparan. Owner atau Contributor yang layak boleh menyumbang gambar melalui aliran sumbangan; fail boleh disemak, ditolak atau dipromosikan ke galeri listing. Penyumbang mesti memiliki hak atau kebenaran terhadap gambar yang dihantar.

Bagaimanakah lokasi dan kawasan servis dipaparkan?

Listing premis fizikal boleh memaparkan alamat dan koordinat tepat. Listing online atau service area menggunakan bandar, negeri dan kawasan servis tanpa mendedahkan alamat persendirian apabila visibility ditetapkan kepada area only. Lokasi peranti pengguna hanya digunakan apabila kebenaran diberi untuk carian berdekatan atau navigasi.

Apakah listing yang menggunakan had akaun Owner?

Hanya listing di bawah kategori utama Perniagaan yang dimiliki oleh Owner menggunakan had listing. Draft dan status lain yang belum dipadam tetap dikira. Listing Tempat dan Komuniti tidak menggunakan kuota Owner.

Apakah had listing bagi setiap pakej Owner?

Pakej Asas mempunyai 1 listing Perniagaan, Pakej Profesional mempunyai 2 listing dan Pakej Premium mempunyai 5 listing. Owner Pakej Premium boleh membeli slot keenam dan seterusnya menggunakan 30 kredit bagi setiap slot.

Bolehkah akaun lama yang melebihi had listing terus digunakan?

Ya. Listing lama kekal boleh dilihat, dikemas kini dan diterbitkan. Namun, Owner tidak boleh mencipta atau claim listing Perniagaan baharu sehingga kuota mencukupi melalui pengurangan listing, naik taraf pakej atau slot tambahan yang layak.

Perniagaan saya sudah ada dalam direktori. Apakah yang perlu dilakukan?

Daftar atau log masuk sebagai Owner, buka halaman listing dan gunakan fungsi Claim Listing. Claim aktif menempah satu slot listing. Admin boleh meminta bukti tambahan dan hanya akan meluluskan claim jika kuota Owner masih mencukupi.

Bagaimanakah pembelian pakej Owner dibuat?

Pilih pakej dan listing Perniagaan yang layak semasa checkout, kemudian gunakan kaedah pembayaran yang tersedia. Bagi pembayaran manual, bayar jumlah tepat dan muat naik bukti mengikut format serta had yang dipaparkan; pembayaran menunggu pengesahan Admin. Jika gerbang pembayaran tersedia, pembelian diaktifkan selepas sistem menerima pengesahan pembayaran yang sah.

Adakah harga pakej termasuk SST?

Ya. Harga akhir yang dipaparkan semasa checkout termasuk SST 8%. Invois dan resit menunjukkan pecahan nilai sebelum SST, SST yang diserap dalam harga dan jumlah akhir yang dibayar.

Bilakah pakej, kredit bonus dan resit diaktifkan?

Pembelian diaktifkan selepas pengesahan pembayaran yang sah. Bagi kaedah manual, muat naik bukti sahaja tidak mengaktifkan pembelian; Admin perlu mengesahkannya. Bukti yang ditolak boleh dihantar semula mengikut arahan sistem. Status dan dokumen transaksi boleh disemak dalam portal Owner.

Apakah kegunaan kredit Owner?

Owner Business dan Pro aktif boleh membeli kredit di halaman Pakej. Kredit digunakan untuk boost listing; Pro juga boleh membeli slot listing tambahan pada kadar 30 kredit satu slot. Kredit dibeli tidak luput, manakala kredit bonus pakej luput selepas 12 bulan. Kredit tidak boleh dipindah atau dikeluarkan sebagai wang tunai dan kekal berasingan daripada mata Contributor.

Bagaimanakah saya membeli boost listing?

Di portal Owner, buka Pakej dan klik nama listing dalam senarai peruntukan. Pilih kategori boost dan tempoh, semak baki serta jumlah kredit, kemudian sahkan pembelian. Owner mesti mempunyai Business atau Pro aktif dan listing mestilah miliknya serta telah disahkan. Allocation pakej pada listing tidak diperlukan untuk boost. Free perlu naik taraf dahulu.

Berapakah kadar dan tempoh boost?

Front-page berharga 2 kredit sehari: 14 kredit untuk 7 hari, 28 untuk 14 hari atau 60 untuk 30 hari. Terokai, Terokai Negeri, Kategori dan Direktori masing-masing 1 kredit sehari: 7, 14 atau 30 kredit. Beberapa seksyen boleh dipilih dan harganya dijumlahkan. Contohnya Front-page bersama Kategori selama 14 hari berharga 42 kredit. Harga Kategori merangkumi kategori listing yang sepadan, bukan caj setiap subkategori.

Di manakah Front-page dipaparkan?

Dalam seksyen Direktori untuk diterokai di halaman utama: sehingga 4 kad Tajaan dan selebihnya rawak untuk melengkapkan 12 kad, jika listing mencukupi. Contohnya 3 tajaan bersama 9 rawak. Countdown pilihan baharu tidak menukar tajaan yang sama. Jika melebihi 4 tajaan aktif, giliran tajaan berubah setiap 1 minit.

Bagaimanakah tajaan di carian dan direktori dipilih?

Kad Tajaan didahulukan: sehingga 4 untuk Terokai, Negeri dan Kategori, serta 8 untuk Direktori. Giliran seksyen ini mengikut sela 5 minit. Kata kunci carian tidak mengehadkan tajaan, tetapi penapis kategori dan lokasi yang berkenaan masih digunakan. Apabila kategori dipilih, seksyen Kategori digunakan; jika tidak, negeri yang dipilih menggunakan Terokai Negeri, selainnya Terokai. Halaman Direktori menggunakan seksyen Direktori. Listing biasa boleh muncul tanpa label Tajaan pada paparan lain.

Adakah boost menjamin klik atau diperbaharui secara automatik?

Tidak. Boost membeli tempoh paparan berpeluang secara bergilir, bukan caj setiap klik atau bidaan, dan tidak menjamin kedudukan, klik atau jualan. Seksyen baharu bermula selepas pembelian berjaya; pembelian seksyen yang masih aktif menyambung dari tarikh tamatnya. Tiada auto-renew, pembatalan kendiri atau refund automatik. Tempoh dibayar diteruskan walaupun subscription tamat, tetapi listing yang tidak lagi disahkan, dipadam atau bertukar pemilik tidak dipaparkan. Hak mandatori pengguna tidak diketepikan.

Di manakah saya menyemak baki dan sejarah boost?

Halaman Pakej memaparkan baki kredit, sejarah wallet serta tempoh boost dan baki hari dalam senarai peruntukan listing. Ikon Sedang boost menandakan kempen aktif. Gunakan pautan Lihat sejarah pembelian boost untuk butiran seksyen, kredit dan tarikh kempen. Sejarah wallet dipaparkan 10 rekod setiap halaman.

Berapakah had galeri dan akses analitik Owner?

Galeri setup dan onboarding membenarkan 5 gambar untuk Free, 15 untuk Business dan 30 untuk Pro mengikut subscription Owner aktif. Laporan analitik pula mengikut pakej berkesan pada listing: Free mendapat ringkasan asas, Business sehingga 90 hari, dan Pro sehingga 365 hari serta eksport CSV. Laporan terperinci merangkumi graf lawatan dan klik, anggaran masa melihat halaman, serta pecahan pelawat berdaftar dan awam. Ia bukan laporan prestasi iklan khusus.

Apakah data interaksi yang direkodkan pada halaman listing?

Sistem boleh merekod lawatan, anggaran masa melihat, sumber landing dan kempen UTM serta jenis klik seperti telefon, WhatsApp, e-mel, arah, gambar dan media sosial. Klik menunjukkan interaksi pada halaman sahaja; ia tidak membuktikan panggilan, mesej, tempahan atau jualan berjaya.

Bagaimanakah mata dan tahap Contributor dikira?

Mata direkodkan selepas sumbangan yang layak disahkan. Tahap lifetime ialah Kecubung 0–399, Nilam 400–999, Zamrud 1,000–1,999, Delima 2,000–3,499 dan Berlian bermula 3,500 mata.

Adakah mata Contributor boleh ditukar kepada kredit atau wang tunai?

Tidak. Mata Contributor kekal berasingan daripada kredit Owner dan tidak boleh dipindah, ditukar kepada kredit atau cash-out. Mata akan digunakan untuk tawaran Tepak apabila katalog ganjaran berasingan dilancarkan.

Apakah beza tahap Contributor dengan ranking bulanan dan tahunan?

Tahap Kecubung hingga Berlian menggunakan mata disahkan sepanjang masa. Leaderboard bulanan dan tahunan pula membandingkan mata yang layak dalam tempoh berkenaan serta menyimpan keputusan terdahulu. Kedua-duanya tidak mempengaruhi ranking organik listing atau verification.

Apakah itu microsite Tepak.my?

Microsite ialah halaman ringkas perniagaan yang menggunakan maklumat listing seperti penerangan, perkhidmatan, galeri, waktu operasi, hubungan dan peta. Akses dan cirinya tertakluk kepada entitlement pakej semasa.

Bagaimanakah saya membetulkan maklumat listing yang tidak tepat?

Owner boleh mengemas kini listing di bawah pengurusannya. Jika listing belum dimiliki, pemilik perlu menghantar claim. Contributor boleh mengurus sumbangan mereka mengikut status semakan yang dibenarkan dan listing approved mungkin memerlukan tindakan Admin.

Bolehkah pengguna mencari listing berdekatan?

Ya. Gunakan carian lokasi atau Carian Peta. Kebenaran lokasi peranti diperlukan jika anda mahu hasil disusun berdasarkan kedudukan semasa.

Bagaimanakah Tepak menggunakan maklumat listing untuk carian dan enjin AI?

Maklumat listing approved ialah kandungan awam dan boleh disusun sebagai metadata, schema, ringkasan fakta, FAQ, halaman kategori atau halaman servis mengikut negeri. Kandungan automatik dibina daripada medan listing seperti taxonomy, lokasi, hubungan, atribut dan tarikh kemas kini; ia tidak sepatutnya mencipta harga, kualiti atau fakta yang tidak diberikan.

Bagaimanakah saya meminta akses atau pembetulan data peribadi?

Kemas kini maklumat yang tersedia melalui profil atau hubungi admin@tepak.my dengan e-mel akaun dan butiran permintaan. Permintaan tertakluk kepada pengesahan identiti, kewajipan penyimpanan rekod transaksi serta pengecualian yang dibenarkan undang-undang.