Muzium
Muzium negeri dalam rumah agam era 1920-an yang mempamerkan sejarah, budaya dan pameran berkala Perak.
Bangunan yang beralamatkan No. 17, Jalan Douglas ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk Inggeris dan masih mengekalkan rekabentuk senibina asalnya. Bangunan ini mempunyai lapan buah bilik di tingkat atas dan dua buah bilik lagi di tingkat bawah. Di sebelah belakang bangunan ini terdapat empat buah bilik yang pada masa pembinaannya menempatkan bilik tukang masak, pemandu, tukang kebun dan tukang gunting.
Bangunan ini dibina di kawasan seluas kira-kira empat ekar. Selain itu terdapat dua buah kubu perlindungan serangan udara (airaid shelter) dibina pada tahun 1940 bagi perlindungan udara kepada lebih kurang 40 orang penghuni bangunan ini dan pekerja-pekerja yang tinggal di persekitarannya.
Bangunan Muzium Darul Ridzuan dibina pada tahun 1926 sebagai tempat kediaman. Sumber lisan dinyatakan bahawa tapak tanah di mana bangunan ini dibina, dikatakan pernah menjadi sebahagian daripada perkampungan orang Melayu dan pembesar-pembesar Melayu di tebing Sungai Kinta. Pada masa itu, Sungai Kinta sering mengalami banjir dan banjir yang terbesar berlaku pada tahun 1926 telah menyebabkan orang-orang Melayu yang menduduki kawasan sekitarnya telah menjual tanah mereka dan berpindah beramai-ramai. Salah satu daripada tanah yang terjual itu adalah tapak bangunan ini.
Kubu perlindungan udara dibina dari batu-bata dan simen konkrit yang tebal sebagai persiapan untuk menghadapi serangan udara dari tentera Jepun, menjelang Perang Dunia Kedua. Salah satu daripada kubu perlindungan udara ini terletak di bahagian belakang bangunan yang mempunyai terowong kira-kira 50 kaki panjang dan 20 kaki di bawah tanah. Menurut sumber lisan, kubu perlindungan udara tersebut pernah digunakan sebanyak dua kali iaitu semasa kapal terbang Jepun berlegar di udara pada tahun 1941.
Waktu operasi: Isnin–Ahad 10:00 pagi–5:00 petang; Jumaat rehat 12:15–2:45 petang
Sumber pengesahan: Muzium Perak
Perkhidmatan & Produk Utama
Ringkasan fakta
Maklumat penting tentang Muzium Darul Ridzuan
Muzium Darul Ridzuan beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Ipoh, Perak.
- Apa yang ditawarkan
- Muzium, Pelancongan & Budaya, Tapak Warisan, Tarikan Pelancong, Maklumat Pengunjung
- Lokasi / kawasan servis
- Ipoh, Perak
- Cara menghubungi
- 05-241 0048
- Maklumat dikemas kini
- 14 Sep 2026
Soalan lazim
Apakah yang ditawarkan oleh Muzium Darul Ridzuan?
Muzium Darul Ridzuan menyenaraikan Muzium, Pelancongan & Budaya, Tapak Warisan, Tarikan Pelancong, Maklumat Pengunjung.
Di manakah Muzium Darul Ridzuan beroperasi?
Muzium Darul Ridzuan beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Ipoh, Perak.





























