Gambar utama Galeri Rumah Lat

Pelancongan & Budaya

Galeri Rumah Lat

Galeri Rumah Lat menyediakan kemudahan penginapan dan layanan kepada pengunjung untuk tetamu serta pelancong dalam kategori Galeri.

Premis Fizikal Belum ada rating 0 Kegemaran

Galeri

Listing

Galeri karya dan kehidupan kartunis Lat, dilengkapi replika rumah kampung yang diinspirasikan dunia Kampung Boy.

Y.Bhg Dato’ Mohd Nor Bin Khalid atau Dato’ Lat telah dilahirkan di Kota Bharu, Perak pada 5 Mac 1951. Sebagai anak jati Perak, Lat telah membina nama yang kukuh dalam bidang karikatur. Penglibatan dan sumbangan beliau diiktiraf oleh negara dan dunia antarabangsa. Sebagai seorang kartunis yang prolifik, beliau menghasilkan karya setaraf pelukis-pelukis kartun terkemuka dunia. Selain dapat menggambarkan pengalaman hidupnya, karya-karya Lat seperti Kampung Boy mencerminkan nilai budaya Melayu desa yang halus, rasa kasih sayang, kekeluargaan serta erti persahabatan di kupas Lat dengan begitu baik menerusi gaya yang sensitif terhadap landskap dan dunia persekitaran.

Karya Lat memaparkan masyarakat majmuk Malaysia serta keluarga di desa dan kota dengan wajah, telatah dan watak tersendiri. Di atas sumbangan beliau yang berterusan ini, Galeri Rumah Lat dibina bagi mengenang jasa beliau dan memastikan segala hasil karya yang bernilai tinggi ini dapat dipamerkan disebuah tempat yang lebih khusus malah hasil karya beliau dapat disimpan kekal untuk tatapan seta rujukan generasi akan datang. Projek Galeri Rumah Lat ini telah pun diluluskan oleh Kementerian Pelancongan di bawah RMK-11. Galeri Rumah Lat telah diserahkan kepada kerajaan Negeri Perak melalui Lembaga Muzium Negeri Perak untuk menguruskan operasinya.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli merasmikan Galeri Rumah Lat di Batu Gajah, Perak pada 8 Julai 2023.

Waktu operasi: Setiap hari 10:00 pagi–5:00 petang; Jumaat rehat 12:15–2:45 petang

Sumber pengesahan: https://muzium.perak.gov.my/index.php/informasi/pengumuman/penjualan-tiket-masuk-ke-galeri-rumah-lat | Google Maps

Perkhidmatan & Produk Utama

Ringkasan fakta

Maklumat penting tentang Galeri Rumah Lat

Galeri Rumah Lat beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Batu Gajah, Perak.

Apa yang ditawarkan
Galeri, Pelancongan & Budaya, Tarikan Pelancong, Maklumat Pengunjung, Aktiviti Keluarga
Lokasi / kawasan servis
Batu Gajah, Perak
Cara menghubungi
05-365 0460 / 05-241 0048
Maklumat dikemas kini
14 Sep 2026

Soalan lazim

Apakah yang ditawarkan oleh Galeri Rumah Lat?

Galeri Rumah Lat menyenaraikan Galeri, Pelancongan & Budaya, Tarikan Pelancong, Maklumat Pengunjung, Aktiviti Keluarga.

Di manakah Galeri Rumah Lat beroperasi?

Galeri Rumah Lat beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Batu Gajah, Perak.

Galeri

Galeri Gambar

Ulasan

Tulis Ulasan

Belum ada ulasan untuk listing ini.

Jadilah pengguna pertama yang berkongsi pengalaman.