Galeri
Galeri karya dan kehidupan kartunis Lat, dilengkapi replika rumah kampung yang diinspirasikan dunia Kampung Boy.
Y.Bhg Dato’ Mohd Nor Bin Khalid atau Dato’ Lat telah dilahirkan di Kota Bharu, Perak pada 5 Mac 1951. Sebagai anak jati Perak, Lat telah membina nama yang kukuh dalam bidang karikatur. Penglibatan dan sumbangan beliau diiktiraf oleh negara dan dunia antarabangsa. Sebagai seorang kartunis yang prolifik, beliau menghasilkan karya setaraf pelukis-pelukis kartun terkemuka dunia. Selain dapat menggambarkan pengalaman hidupnya, karya-karya Lat seperti Kampung Boy mencerminkan nilai budaya Melayu desa yang halus, rasa kasih sayang, kekeluargaan serta erti persahabatan di kupas Lat dengan begitu baik menerusi gaya yang sensitif terhadap landskap dan dunia persekitaran.
Karya Lat memaparkan masyarakat majmuk Malaysia serta keluarga di desa dan kota dengan wajah, telatah dan watak tersendiri. Di atas sumbangan beliau yang berterusan ini, Galeri Rumah Lat dibina bagi mengenang jasa beliau dan memastikan segala hasil karya yang bernilai tinggi ini dapat dipamerkan disebuah tempat yang lebih khusus malah hasil karya beliau dapat disimpan kekal untuk tatapan seta rujukan generasi akan datang. Projek Galeri Rumah Lat ini telah pun diluluskan oleh Kementerian Pelancongan di bawah RMK-11. Galeri Rumah Lat telah diserahkan kepada kerajaan Negeri Perak melalui Lembaga Muzium Negeri Perak untuk menguruskan operasinya.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli merasmikan Galeri Rumah Lat di Batu Gajah, Perak pada 8 Julai 2023.
Waktu operasi: Setiap hari 10:00 pagi–5:00 petang; Jumaat rehat 12:15–2:45 petang
Sumber pengesahan: https://muzium.perak.gov.my/index.php/informasi/pengumuman/penjualan-tiket-masuk-ke-galeri-rumah-lat | Google Maps
Perkhidmatan & Produk Utama
Ringkasan fakta
Maklumat penting tentang Galeri Rumah Lat
Galeri Rumah Lat beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Batu Gajah, Perak.
- Apa yang ditawarkan
- Galeri, Pelancongan & Budaya, Tarikan Pelancong, Maklumat Pengunjung, Aktiviti Keluarga
- Lokasi / kawasan servis
- Batu Gajah, Perak
- Cara menghubungi
- 05-365 0460 / 05-241 0048
- Maklumat dikemas kini
- 14 Sep 2026
Soalan lazim
Apakah yang ditawarkan oleh Galeri Rumah Lat?
Galeri Rumah Lat menyenaraikan Galeri, Pelancongan & Budaya, Tarikan Pelancong, Maklumat Pengunjung, Aktiviti Keluarga.
Di manakah Galeri Rumah Lat beroperasi?
Galeri Rumah Lat beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Batu Gajah, Perak.




























