Taman Awam
Taman Rekreasi Gunung Lang merupakan antara destinasi menarik yang kerap dikunjungi oleh para pengunjung. Terletak hanya lima kilometer daripada Bandaraya Ipoh, kawasan ini merangkumi taman seluas 30.35 hektar dan tasik seluas 14.16 dengan berlatarbelakang-kan bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike.
Dilengkapi tiga tasik buatan yang dipenuhi pelbagai spesies ikan air tawar, taman rekreasi ini juga boleh dikelilingi dengan menaiki bot. Semua bot beroperasi setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang. Bayaran untuk menaiki bot bagi dewasa adalah RM3 manakala warga emas dan kanak-kanak pula sebanyak RM1.50.
Dengan menaiki bot, para pengunjung boleh melihat pelbagai spesies bunga termasuk hel-iconia (sepit udang), musa (pisang) dan bougainvillea (bunga kertas) yang tumbuh meliar, menghiasi landskap tasik tersebut.
Selain itu, para pengunjung juga boleh menghayati keindahan landskap dengan mengikuti laluan pejalan kaki yang meliputi keseluruhan taman yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk wakaf terapung, rumah tradisi Perak dan menara pandang jauh.
Kawasan rekreasi Gunung Lang ini memiliki pelbagai keistimewaan lain antaranya air terjun buatan manusia selain menawarkan pelbagai aktiviti riadah lain seperti mendaki
bukit, merentas belukar, menjelajah gua dan banyak lagi.
Justeru, bagi anda yang mencari destinasi menarik pada hujung minggu yang mendamaikan, Taman Rekreasi Gunung Lang pastinya tidak akan mengecewakan anda.
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 6 petang; semak dengan Majlis Bandaraya Ipoh
Sumber pengesahan: https://www.tourismperakmalaysia.com/wp-content/uploads/2024/07/KINTA-VALLEY-GEOPARK-TOURPACKAGES-BROCHURE.pdf | Google Maps
Perkhidmatan & Produk Utama
Ringkasan fakta
Maklumat penting tentang Taman Rekreasi Gunung Lang
Taman Rekreasi Gunung Lang beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Ipoh, Perak.
- Apa yang ditawarkan
- Taman Awam, Maklumat Pengunjung, Kemudahan Awam
- Lokasi / kawasan servis
- Ipoh, Perak
- Cara menghubungi
- 05-208 3333
- Maklumat dikemas kini
- 14 Sep 2026
Soalan lazim
Apakah yang ditawarkan oleh Taman Rekreasi Gunung Lang?
Taman Rekreasi Gunung Lang menyenaraikan Taman Awam, Maklumat Pengunjung, Kemudahan Awam.
Di manakah Taman Rekreasi Gunung Lang beroperasi?
Taman Rekreasi Gunung Lang beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Ipoh, Perak.





























