Gambar utama Taman Etnobotani KESEDAR

Rekreasi & Sukan

Taman Etnobotani KESEDAR

Taman rekreasi berkonsep etnobotani dengan ruang hijau dan kemudahan aktiviti keluarga.

Premis Fizikal Belum ada rating 0 Kegemaran

Taman Awam

Listing

Taman Etnobotani, Gua Musang dibangunkan sebagai pusat penyelidikan hutan dan rekreasi bertujuan bagi memelihara kepentingan hasil hutan dan produk yang berkaitan dengannya khususnya produk herba. Ia terletak berhampiran bandar Gua Musang iaitu di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dengan kawasan seluas 35 hektar.

Komponen utama Taman Etnobotani ialah taman herba, galleri herba, pusat inkubator (8 unit) untuk pengusaha IKS berasaskan herba,kemudahan aktiviti riadah, chalet, taman mini haiwan dan pelbagai kemudahan sokongan. Antara aktiviti yang disediakan untuk pengunjung ialah lawatan ke kawasan tanaman pelbagai jenis herba, mendaki bukit, perkhemahan, titian kanopi dan menikmati keindahan gua.

Pada masa kini sebahagian daripada kawasan Taman Etnobotani sedang digunakan untuk pusat latihan belia dibawah program Pusat Latihan Khidmat Negara. Isu utama yang dikenalpasti ialah taman ini kurang mendapat sambutan daripada penduduk tempatan, pengunjung dan pelancong.

Lawatan

  • Masuk percuma
  • Buka 9 pagi – 5 petang dan ditutup pada hari Jumaat
  • Aktiviti Khas (Hari Keluarga/Kursus-Kursus)
  • Perlu kebenaran daripada KESEDAR dan penempahan awal
  • Kebanyakan peralatan boleh didapati di Taman Etnobotani (secara sewa)

Rock Climbing

  • Perlu kebenaran daripada pihak KESEDAR
  • Peralatan perlu disediakan oleh peserta atau sewa dengan pihak Taman Etnobotani
  • Keselamatan tanggungjawab sendiri
  • Mencabar

Perkhidmatan & Produk Utama

Ringkasan fakta

Maklumat penting tentang Taman Etnobotani KESEDAR

Taman Etnobotani KESEDAR beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Bandar Gua Musang, Kelantan.

Apa yang ditawarkan
Taman Awam, Maklumat Pengunjung, Kemudahan Awam, Rock Climbing, Rekreasi & Sukan
Lokasi / kawasan servis
Bandar Gua Musang, Kelantan
Cara menghubungi
09 9132 200
Maklumat dikemas kini
14 Sep 2026

Soalan lazim

Apakah yang ditawarkan oleh Taman Etnobotani KESEDAR?

Taman Etnobotani KESEDAR menyenaraikan Taman Awam, Maklumat Pengunjung, Kemudahan Awam, Rock Climbing, Rekreasi & Sukan.

Di manakah Taman Etnobotani KESEDAR beroperasi?

Taman Etnobotani KESEDAR beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Bandar Gua Musang, Kelantan.

Galeri

Galeri Gambar

Ulasan

Tulis Ulasan

Belum ada ulasan untuk listing ini.

Jadilah pengguna pertama yang berkongsi pengalaman.