Pasar Awam
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walau bagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.
Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu. Pada 1 Oktober 2024, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta untuk tambah baik infrastruktur Pasar Besar Siti Khadijah. Pada tahun 2025, Pasar Besar Siti Khadijah telah siap dinaik taraf
Perkhidmatan & Produk Utama
Ringkasan fakta
Maklumat penting tentang Pasar Siti Khadijah
Pasar Siti Khadijah beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Bandar Kota Bharu, Kelantan.
- Apa yang ditawarkan
- Pasar Awam, Maklumat Pengunjung, Kemudahan Awam, Beli-belah & Pasar, Kompleks Perniagaan
- Lokasi / kawasan servis
- Bandar Kota Bharu, Kelantan
- Cara menghubungi
- 017-914 6218
- Maklumat dikemas kini
- 14 Sep 2026
Soalan lazim
Apakah yang ditawarkan oleh Pasar Siti Khadijah?
Pasar Siti Khadijah menyenaraikan Pasar Awam, Maklumat Pengunjung, Kemudahan Awam, Beli-belah & Pasar, Kompleks Perniagaan.
Di manakah Pasar Siti Khadijah beroperasi?
Pasar Siti Khadijah beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Bandar Kota Bharu, Kelantan.




























