Gambar utama Muzium Kota Kayang

Pelancongan & Budaya

Muzium Kota Kayang

Muzium Kota Kayang merupakan pusat penyebaran maklumat yang memelihara dan mempamerkan harta warisan sejarah negeri Perlis

Premis Fizikal Belum ada rating 0 Kegemaran

Muzium

Listing
Muzium Kota Kayang merupakan pusat penyebaran maklumat yang memelihara dan mempamerkan harta warisan sejarah negeri Perlis. Muzium Kota Kayang didirikan di kawasan yang dahulunya merupakan tapak kota istana tempat bersemayam keluarga diraja Kedah-Perlis. Ini adalah berdasarkan fakta tinggalan sejarah di sekitar kawasannya seperti Makam Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah Ibni Al-Marhum Sultan Muhyiddin Mansur Shah. Bentuk bangunan muzium ini berasaskan kepada seni bina melayu dengan bumbung panjang rumah Perlis. Muzium ini telah dibuka untuk kunjungan pada bulan September 2001. Muzium Kota Kayang mempamerkan 400 koleksi di enam galeri iaitu Galeri Sejarah, Galeri arkeologi, Galeri Senjata, Galeri Kebudayaan, Galeri Diraja dan Galeri Menteri Besar.
GALERI PAMERAN
Terdapat enam galeri di muzium ini iaitu Galeri Sejarah yang menceritakan sejarah negeri Perlis, Galeri Arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang, penemuan arkeologi pada zaman protosejarah dan prasejarah di Perlis, Galeri Senjata yang mempamerkan kepelbagaian koleksi senjata, Galeri Kebudayaan memaparkan aspek berkaitan kebudayaan di sekitar negeri Perlis, pelbagai koleksi yang pernah diterima oleh para Menteri Besar Perlis dipamerkan di Galeri Menteri Besar serta Galeri Diraja yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.
OBJEKTIF
  • Memulihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri Perlis.
  • Memupuk kesedaran dan keprihatinan masyarakat terhadap pentingnya memulihara warisan sejarah dan budaya khususnya warisan sejarah negeri Perlis
  • Menyebarkan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pameran tetap, pameran sementara dan pameran bergerak.
  • Menjadi pusat rujukan pelajar sekolah, IPTA/IPTS yang ingin mendapat maklumat berkaitan sejarah negeri Perlis
  • Menambahkan bilangan produk pelancongan di negeri Perlis yang sedia ada.

Waktu operasi: Setiap hari 09:00–17:00; tutup dua hari pertama Aidilfitri dan Aidiladha

Sumber pengesahan: Google Maps; Jabatan Muzium Malaysia

Perkhidmatan & Produk Utama

Ringkasan fakta

Maklumat penting tentang Muzium Kota Kayang

Muzium Kota Kayang beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Kampung Kota Kayang, Perlis.

Apa yang ditawarkan
Muzium, Pelancongan & Budaya, Tapak Warisan, Tarikan Pelancong, Maklumat Pengunjung
Lokasi / kawasan servis
Kampung Kota Kayang, Perlis
Cara menghubungi
04-978 2678
Maklumat dikemas kini
11 Sep 2026

Soalan lazim

Apakah yang ditawarkan oleh Muzium Kota Kayang?

Muzium Kota Kayang menyenaraikan Muzium, Pelancongan & Budaya, Tapak Warisan, Tarikan Pelancong, Maklumat Pengunjung.

Di manakah Muzium Kota Kayang beroperasi?

Muzium Kota Kayang beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Kampung Kota Kayang, Perlis.

Galeri

Galeri Gambar

Ulasan

Tulis Ulasan

Belum ada ulasan untuk listing ini.

Jadilah pengguna pertama yang berkongsi pengalaman.