Gambar utama Gua Kelam 2

Pelancongan & Budaya

Gua Kelam 2

Terowong gua yang menyimpan artifak dan tinggalan aktiviti perlombongan bijih timah.

Premis Fizikal Belum ada rating 0 Kegemaran

Tapak Warisan

Listing

Pernahkah anda meneroka Gua Kelam 2? Gua perlombongan bijih timah terkenal di negeri Perlis sejak lewat abad ke 19 ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit iaitu kira-kira 33 kilometer dari Kangar.Gua Kelam memiliki keluasan sebanyak 2000 hektar dan telah diwartakan sebahagian daripada Taman Negeri Perlis pada 3 Julai 2008.

Selain Gua Kelam 1 yang boleh diakses dengan berjalan diatas titi kayu sepanjang 370 meter, Gua Kelam 2 merupakan sebuah gua berasingan yang memerlukan khidmat jurupandu bertauliah.Jarak sepanjang kira-kira 1km dengan pembahagian gua kering dan gua basah (sungai bawah tanah) sangat menarik untuk diterokai.
Di dalamnya terdapat kesan tinggalan pelombong bijih timah yang penuh sejarah.Antaranya tulisan-tulisan di dalam bahasa Cina di dinding setinggi 10 meter dapat dilihat dari ruang pelawat yang telah dilombong menggunakan tekanan air serta penggalian manual.
Paling menarik, turut terdapat struktur binaan menggunakan batu telah disusun menyerupai piramid yang dipercayai untuk menyembunyikan mayat pelombong yang telah mati semasa bekerja.Namun, tiada kajian khusus dilakukan untuk mengesahkannya cuma ia berdasarkan penceritaan oleh waris para pelombong yang masih hidup di pekan Kaki Bukit.
Gua Kelam 2 memberi pengalaman berbeza kepada para pengunjung kerana sebelum tiba ke ruang gua semulajadi yang lebih luas, terdapat terowong yang telah diletupkan perlu ditempuhi sejauh kira-kira 300 meter.Bagi mereka yang mempunyai klaustrofobia, terowong ini sudah cukup memberi deruan adrenalin memandangkan masih terdapat titisan air serta batu-batu kecil jatuh diatas laluan.
Dengan khidmat jurupandu bertauliah, pengunjung akan diberi taklimat keselamatan bagi sebarang kemungkinan berlaku kecemasan di dalam gua dan setelah masuk, semua kerisauan akan hilang seiring rasa kagum bagaimana sebuah gua semulajadi digali sejak ratusan tahun masih kekal terpelihara sedemikian rupa.Kesan sejarah dan strukrur gua yang masih dapat dilihat membawa fikiran pengunjung kembali ke zaman perlombongan bijih yang melibatkan tenaga buruh dari Tanah Besar China.
Gua Kelam 2 boleh dilawati dengan tiga sesi setiap hari (9 pagi ,11 pagi dan 2 petang) dengan tempahan jurupandu serta bayaran dibuat awal selewat-lewatnya tiga hari sebelum lawatan.Anda boleh datang sendiri ke Pejabat Perhutanan Negeri Perlis atau hubungi 04-977 6626 (waktu pejabat) untuk tempahan slot lawatan dan maklumat lanjut berkaitan.

Perkhidmatan & Produk Utama

Ringkasan fakta

Maklumat penting tentang Gua Kelam 2

Gua Kelam 2 beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Kaki Bukit, Perlis.

Apa yang ditawarkan
Tapak Warisan, Pelancongan & Budaya, Maklumat Pengunjung
Lokasi / kawasan servis
Kaki Bukit, Perlis
Cara menghubungi
04-977 6626
Maklumat dikemas kini
13 Sep 2026

Soalan lazim

Apakah yang ditawarkan oleh Gua Kelam 2?

Gua Kelam 2 menyenaraikan Tapak Warisan, Pelancongan & Budaya, Maklumat Pengunjung.

Di manakah Gua Kelam 2 beroperasi?

Gua Kelam 2 beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di Kaki Bukit, Perlis.

Galeri

Galeri Gambar

Ulasan

Tulis Ulasan

Belum ada ulasan untuk listing ini.

Jadilah pengguna pertama yang berkongsi pengalaman.