Gambar utama Gua Chiku 2

Pelancongan & Budaya

Gua Chiku 2

Gua batu kapur beraras dengan formasi unik; Google Maps menandainya ditutup sementara pada tarikh semakan.

Premis Fizikal Belum ada rating 0 Kegemaran

Tapak Warisan

Listing

Gua batu kapur beraras dengan formasi unik. Keindahan Gua Chiku 2 yang terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan Felda Chiku 2 Gua Musang, Kelantan menjadi tarikan kepada pengunjung tempatan dan luar daerah ini. Gua Chiku 2 adalah satu penemuan baharu yang berpotensi menjadi tarikan pelancong kerana keunikannya. Gua batu kapur itu dikatakan sudah lama wujud sebelum pembukaan tanah rancangan di Felda Chiku 2 yang menempatkan 267 peneroka di kawasan itu. Terletak kira-kira satu kilometer dari Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pengunjung akan mengambil masa selama satu hingga satu jam setengah untuk sampai ke puncak gua yang berketinggian 300 kaki. Menerokai keindahan gua yang dianggarkan berusia ratusan tahun itu terdapat tujuh tingkat atau aras yang menyimpan pelbagai keunikan dan khazanah alam semula jadi. Memasuki pintu gua sahaja, pengunjung sudah terpukau dengan struktur bentuk batu yang cantik, unik dan mempesonakan. Di tingkat 1 Gua Chiku 2 itu terdapat pelbagai bentuk binatang dan benda unit ukiran batu.

Antaranya ialah batu yang menyerupai bentuk gajah, ikan, katak, ular, cicak, burung helang, buaya, orang tidur, mahkota, kasut, saji dan air terjun tujuh tingkat. Ketika ini kajian dan penemuan baharu masih dijalankan oleh ahli jawatankuasa pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) Chiku 2 bagi mengkaji sisi keunikan gua ini. Gua yang berada di kawasan tanah berkeluasan 15 ekar itu mempunyai tiga pintu gua dan ianya boleh didaki oleh semua lapisan peringkat umur termasuklah golongan kanak-kanak. Sejak dibuka secara rasmi kepada orang ramai selepas dinaik taraf telah menarik ramai pengunjung datang terutamanya ketika waktu hujung minggu.

Waktu operasi: Tidak tersedia

Sumber pengesahan: Google Maps (pin dan status, 2026-09-12); https://mdgm.kelantan.gov.my/index.php/pelawat/destinasi-menarik/tempat-tempat-pelancongan

Perkhidmatan & Produk Utama

Ringkasan fakta

Maklumat penting tentang Gua Chiku 2

Gua Chiku 2 beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di FELDA Chiku 2, Kelantan.

Apa yang ditawarkan
Tapak Warisan, Pelancongan & Budaya, Tarikan Pelancong, Maklumat Pengunjung
Lokasi / kawasan servis
FELDA Chiku 2, Kelantan
Cara menghubungi
016-685 7937
Maklumat dikemas kini
14 Sep 2026

Soalan lazim

Apakah yang ditawarkan oleh Gua Chiku 2?

Gua Chiku 2 menyenaraikan Tapak Warisan, Pelancongan & Budaya, Tarikan Pelancong, Maklumat Pengunjung.

Di manakah Gua Chiku 2 beroperasi?

Gua Chiku 2 beroperasi atau menyediakan perkhidmatan di FELDA Chiku 2, Kelantan.

Galeri

Galeri Gambar

Ulasan

Tulis Ulasan

Belum ada ulasan untuk listing ini.

Jadilah pengguna pertama yang berkongsi pengalaman.